• RTL Support
    SJKT Saraswathy. We Are 2nd To None
  • 6 Preset Styles - 18 Combinations
    Laman Web Rasmi SJKT Saraswathy.
  • Selamat Tahun Baru 2014
     

SARA 1Malaysia - Saham & Borang

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun
  • Mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3000
  • Pemohon mestilah tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Pemohon atau/dan pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mestilah bersamaan atau kurang dari RM10,000.
  • Status unit amanah ASNB tidak bermasalah
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Cara Memohon (borang Perhohonan) SARA 1Malaysia  >>> Klik sini untuk download BORANG

  • Untuk membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dimana-mana salah satu cawangan bank yang terlibat dengan perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula 30 Januari 2012.
  • Borang permohonan yang telah siap diisi perlu diserahkan kembai kepada pihak bank untuk semakan. Bank yang terlibat dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia adalah Maybank, CIMB, RHB dan BSN
  • Sila bawa bersama dokumen asal serta salinan yang telah disahkan iaitu :
  • MyKad Pemohon beserta 2 salinan
  • MyKad pasangan (Jika berkenaan) beserta 1 salinan
  • Bukti pendapatan ( 1 salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan  1 salinan penyata bank 3 bulan terkini)

Pilihan Cara Pelaburan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia :

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:

1. Melalui Pinjaman Bank:

  • Gaji bawah RM3,000 – buat pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM50 (pendapatan bulanan – bayaran kepada bank) (RM134-RM84)

2. Pelaburan Tunai :

  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

Tempoh permohonan SARA 1Malaysia adalah selama setahun bermula dari tarikh pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, atau sehingga kesemua peruntukan pembiayaan habis dilanggan yang mana lebih awal.





Standard Guru Malaysia (SGM)

MUSTAHAK!!!

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

 

Semua guru DIWAJIBKAN menjawab Penarafan Kendiri Standard Guru Malaysia (SGM) sebelum 29 Dec 2011. Pemantauan dilakukan oleh KPM, KPM dapat mengenalpasti guru-guru yang tidak menjawab SGM.

Cara mengisi SGM

1. Layari     http://apps.moe.gov.my/sgm (taip di Address, gunakan Mozilla) @ klik pada gambar di atas.

2. Login  Sistem

•    Id Pengguna : NO KP anda (tanpa “-“)

•    Kata Laluan : 4 angka terakhir No KP anda

•    Klik “Login”

3. Selepas Login, Klik pada “Instrumen”, jawab Standard 1, Standard 2 dan Standard 3.

4. Pastikan anda klik “Hantar” setelah selesai menjawab setiap Standard.


Tarikh Akhir : 29 Dec 2011 , selesaikan sebelum server sesak.

Sebarang pertanyaan, hubungi guru data (012-4514782)

BANTUAN TUNAI RM500

BANTUAN TUNAI RM500 AKAN BERMULA 10 DISEMBER 2011

KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.Beliau berkata, borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.


Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara.

Syarat-syarat
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.

"Thirumbi Paarkalama" - Have U?

"Thirumbi Paarkalama" Is a journey to Tamil school by local celebrities and businessman to have interactivity with school students and recollect past memories at Tamil schools. It will be on every Wednesdays, at 10pm on Astro Vaanavil, Ch 201.Thirumbi Parkalama is an edutainment show which highlights the “personality” of Tamil schools across the country - especially those in rural areas. In each episode, a former Tamil school student travels back to his/her school on a trip down memory lane. They enjoy a meet and greet session on arrival, during which they present the students with gifts they have brought with them. The show is expected to boost to the schools’ reputation and be a motivational factor for the students. Visitors are ex-students who have achieved success in their respective fields, from sportsmen to professors, and entertainers to doctors and politicians. Thirumbi Parkalama will rouse pride in the community, inspiring us all to give a little back to the schools that have helped us become the people we are today.

 

Keratan Akhbar - Makkal Osai

uspr 2011

 

Keputusan UPSR 2011: 12 7A!!

Tahniah !! 12 orang murid mendapat  7A

uspr 2011


Murid yang mendapat 7A
Jegatish Narayan Rao

Kamini Haridas

Aishwaariyaa Thilagar

Gukendran Narayanasamy

Kirtiga Arulmozhi Varman

Kishen Sivakumar

Kishoharan Kauthaman

Loganya Supramaniam

Privitha Panirselvan

RuttraDevi Shanmugam

Dashvinie Gopalakrishnan

Preyangka Karunakaran

Keputusan UPSR 2011: 13 6A

Tahniah !! 13 orang murid mendapat  6A


Murid yang mendapat 6A
Devendran Ramesh
Deepan Jeevan Jothee
Dinesh Jayasankar
Haavinenesh Dev Ramesh
Jeevitha Letchumanan
Mooventhan Govindarajoo
Rajkumar Gopalakrishnan
Rishwini Selvan
Roobakaanthan Jayabalan
Theevagar Naidu Sandrakanthan
Usha Ramalingam
Kavines Gunasegaran
Kumarendra Kandasamy

Keputusan UPSR 2011 - Pencapaian Terbaik!!

Tahniah!! Peratus Murid Lulus Semua Matapelajaran Peperiksaan UPSR 2011 ialah 58.62%. Ini merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah Kita!!

Kad Kemajuan Murid

Perjumpaan waris & penyerahan kad kemajuan murid.

Para ibubapa/waris/penjaga ( semua murid - sesi pagi dan petang ) dijemput hadir untuk bertemu guru kelas dan mendapatkan kad kemajuan anak / tanggungan anda.
Ketetapan :

Ketetapan :

Hari          :   Ahad

Tarikh      :    13 November 2011

Masa        :  10:00 - 11:30 pagi

Pihak sekolah berharap para ibubapa/waris/penjaga menggunakan peluang ini untuk bertemu dan berbincang tentang pencapaian / masalah pembelajaran anak / tanggungan.

Jamuan Muhibah Deepavali

More Articles...

Page 3 of 16

3

Feature Demo Image
Alamat Sekolah
SJKT Saraswathy ( Kod : KBD 3094 )
Jalan Tiong,
08000 Sungai Petani,
Kedah
Tel/Fax : 04-4211010

Taipkan Cadangan / Komen Anda Di Buku Pelawat atau Email Ke :>

Pengumuman / Info

Jadual Waktu Kelas

Sesi Pagi 2014

E-Learning

Astro - Tutor TV

Latihan Bahasa Melayu

 

Latihan Bahasa English

 

Latihan Matematik

 

Latihan Sains



Media Player

Get the Flash Player To see this player.

YouTube STS

Get the Flash Player to see this player.
Get the Flash Player to see this player.
Get the Flash Player to see this player.
Get the Flash Player to see this player.

Thirukural dalam..

french english latin arabic
French     English Latin Arab

Usefull Links

Perisian Percuma

Giveaway of the Day

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini503
mod_vvisit_counterSemalam768
mod_vvisit_counterMinggu Ini5570
mod_vvisit_counterMinggu Lepas10162
mod_vvisit_counterBulan Ini26777
mod_vvisit_counterBulan Lepas0
mod_vvisit_counterSemua1457244

We have: 4 guests online
IP Anda: 54.205.189.156
 , 
Jul 25, 2014